KISAH Legenda dari Tahan Malaysia, Hantu Pengantin part 2

- 25 November 2021, 18:10 WIB
Ilustrasi Hantu Pengantin.
Ilustrasi Hantu Pengantin. /Instagram @legendarystorytellermalaysia/

PRIANGANTIMURNEWS- Kami menjadi terkaku kerana terkejut dan masih tidak berfikir bukan-bukan.

Wanita itu berjalan semakin dekat dengan kami dan berhenti di hadapan kami. Wanita itu berdiri sambil merenung kepada kami.

Bila kami memerhati wanita itu dengan lebih dekat dan jelas, kami melihat matanya hitam dan berdarah, dan kakinya tidak menjejak lantai!

Saya dan rakan saya melihat mukanya yang mengerikan itu, kami ketakutan, dan terus melarikan diri secepat mungkin tanpa menjerit dan tanpa mengeluarkan sebarang suara, kami seperti tidak percaya apa yang kami lihat sebentar tadi.

Baca Juga: KISAH Legenda dari Tanah Malaysia, Hantu Pengantin

Ketika kami sampai di mana semua orang berada, mereka masih bermain dengan sepupu saya. Kami berdiam dengan nafas yang laju kerana kami masih terkejut.

Sepupu dan kawan-kawan yang lain menyoal kami apa yang sudah terjadi, kami memberitahu apa yang terjadi tadi.

Sepupu saya dan yang lain berlari ke blok tersebut untuk menyiasat tetapi mereka datang kembali dan memberitahu kami bahawa tidak ada apa-apa disitu, saya rasa wanita itu sudah hilang kerana tidak mungkin wanita itu boleh berjalan dengan pantas dengan pakaian gaun labuhnya itu.***

Editor: Agus Kusnadi

Sumber: Instagram @legendarystorytellermalaysia


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah