5 Kelebihan Surat Al-Kahfi, Yuks Simak Berikut Ini!

11 April 2022, 12:22 WIB
Ilustrasi Al-Quran./Pixabay /

PRIANGANTIMURNEWS- Surah Al-Kahfi disebut juga Ashabul Kahfi adalah surat ke-18 dalam Al-Qur'an Surat ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surah-surah makiah.

Dinamai Al-Kahfi dan Ashabul Kahf yang artinya Penghuni-penghuni gua.

Kedua nama ini diambil dari cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 sampai dengan 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya.

Selain cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surat ini, yang kesemuanya mengandung pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.

Terdapat beberapa hadits Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surah ini.

Baca Juga: Jarang Banyak yang Mengetahui! Pahala Bagi Orang yang Membaca Al-Qur'an Walau Terbata-Bata

Berikut ini 5 kelebihan surat Al-Kahfi.

1. Terselamat Dari Fitnah Dajjal
Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surat al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadits riwayat Muslim)

2. Dipancarkan Cahaya Untuknya Antara 2 Jumaat
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR Al-Hakim)

3. Turunnya Ketenangan Dan Rahmat Yang Disertai Dengan Para Malaikat

"Ada seorang lelaki membaca surah Al- Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu.

Baca Juga: Ngabuburit Ala Sunnah Nabi Muhammad SAW

Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya", Baginda pun bersabda, "Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur'an". (Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4. Menceritakan Realiti Kehidupan Sebenar
Menurut petikan buku Tafsir dan Tadabbur Surah Al-Kahfi tulisan Datuk Dr Haji Zahazan Mohamed, surah ini bukan sahaja menceritakan realiti kehidupan sebenar, tetapi membuktikan bahawa setiap yang dicatat dalam al-Quran itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya menjelaskan lagi setiap kebenaran.

Jika diteliti, surah ini mempunyai satu tema iaitu pertembungan antara iman dengan keduniaan.

5. Iktibar Untuk Menghadapi Ujian & Fitnah Akhir Zaman

Baca Juga: Barcelona vs Levante 3-1, Gol Luuk de Jong Penentu Kemenangan Barca

Secara ringkasnya, terdapat 4 kisah yang dsebutkan melalui surah Al-Kahfi i
Yaitu:

1) Kisah penghuni gua - Mengisahkan tentang sekumpulan pemuda (Ashabul Kahfi) yang diuji keimanan sehingga berlindung dalam gua.

Kisah ini menuntut kita agar bersahabat dengan orang soleh dan saling membimbing antara satu sama lain dalam memelihara akidah serta iman kepada Allah.

2) Kisah 2 pemilik kebun mengisahkan tentang ujian dan fitnah harta benda yang menimpa mereka. Ia mengingatkan kita kepada kehidupan dunia yang akan musnah dan hari akhirat yang kekal selamanya.

Baca Juga: Ini Sangsi yang Akan Dijatuhakan Kemenaker pada Perusahaan jika Tak Bayar THR Pekerja

3) Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir - Mengisahkan tentang ujian serta fitnah ilmu. la mengingatkan kita agar sentiasa mengamalkan sikap tawaduk dan rendah diri walaupun dikurniakan ilmu yang tinggi.

4) Kisah Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj mengisahkan tentang Zulqarnain yang berhadapan ujian dan fitnah berkaitan kuasa. Ia mengingatkan kita kepentingan
sikap tawaduk dan mengakui kekuasaan hanyalah daripada Allah.

Setiap kisah ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

Itulah 5 kelebihan surat Al-Ahfi, Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan kepada orang lain.***

Editor: Agus Kusnadi

Sumber: instagram @usahaimanamal

Tags

Terkini

Terpopuler